Siti Nurhaliza

SATU Siti Situ Sana Sini

Allow me to blog about my experience in Konsert Eksklusif SATU in Malay…
 
 
Sememangnya satu persembahan bertaraf dunia! Inilah kata-kata komen yang saya berikan tentang Konsert Eksklusif Satu Dato’ Siti Nurhaliza baru-baru ini. Saya menghadiri konsert hari terakhir yang berlangsung di Istana Budaya (IB) pada 26-28 Jun 2009. Ini merupakan kali pertama saya menyaksikan konsert di IB. Kawan baik saya, Ezwan dan rakannya, Yusri turut hadir.
 
Nombor tiket saya ialah G16 di Upper Circle 3, iaitu terletak pada tingkat 3, nun jauh di atas! Walaupun jauh, pemandangan ke atas pentas sungguh jelas dan tidak terhalang. Amat baik sekali! Pada hari tersebut, Tun Dr. Mahathir, Tun Siti Hasmah, Kris Dayanti dan Rossa duduk di tempat VIP.
 
Sebelum apa-apa, semua penonton diminta berdiri untuk menyanyikan lagu “Negaraku”. Konsert dimulakan dengan persembahan pembuka tirai oleh Aizat AF5. Beliau memperdendangkan lagu hit beliau serta sebuah lagu Siti, “Engkau Bagaikan Permata”.
 
Ezwan dan Yusri datang lewat. Tetapi sempat lagi untuk menyaksikan persembahan gempak Siti.
 
Lampu semua ditutup. Lampu cahaya di atas pentas mula dinyalakan mengikut tempo muzik. Siti tampil di atas pentas perlahan-lahan sambil menyampaikan lagu “Hati”, diikuti lagu-lagu seterusnya. Pakaian yang dikenakan sungguh cantik. Baju pertama yang dipakai berwarna biru cair dan putih, dengan hiasan bebenang bulu.
 
Memandangkan pertunjukan kali ini bertemakan kisah hidup Siti sendiri, segmen pertama menampilkan lagu-lagu popular Siti yang mempopularkan Siti di industri muzik tanahair. Satu lagu dari setiap album.
 
 
 
Lagu-lagu yang dinyanyikan :
1) Hati
2) Seindah Biasa
3) Sutramaya
4) Jerat Percintaan
5) Aku Cinta Padamu
6) Purnama Merindu
7) Kau Kekasihku
8 ) Percayalah
9) Bukan Cinta Biasa
 
Selepas itu, segmen irama tradisional dimulakan. Kali ini, pakaian berwarna hijau gelap dikenakan bersertakan prop bingkai gambar yang besar yang disertakan dengan sebuah tangga yang besar di belakang.
 
 
Lagu-lagu yang dinyanyikan :
10) Cinta Ini
11) Cindai
12) Balqis
13) Nirmala
14) Bulan Yang Mesra
 
Irama pop rock juga tidak dilupakan. Lagu-lagu rancak dinyanyikan. Penyanyi-penyanyi latar menyanyikan lagu “Biarkan” sebelum Siti tampil dari pentas yang diangkat naik dari bawah. Pentas dihiasi bingkai-bingkai lampu kelip-kelip keemasan menyerupai pemandangan Las Vegas. Ezwan juga berpendapat begitu.
 
 
Lagu-lagu yang dinyanyikan :
15) Pendirianku
16) Pada Cintanya
17) Ku Mahu
18) Tanpa Dendam Di Hati
19) Dialah Di Hati
 
Sambil menikmati suara lunak Siti, saya meneliti dua orang penari berpakaian hitam berada di hujung pentas dengan sehelai kain yang luas berwarna merah terang. Tidak sangka itulah pakaian seterusnya yang akan dipakai oleh Siti. Sehelai kain besar digantung di tengah-tengah pentas sebagai pengadang dan Siti menyalin pakaian seterusnya di belakang kain. Sekejap sahaja, Siti tampil dengan fesyen baru, sepasang kimono. Lagu “Kurniaan Dalam Samaran” diperdendangkan. Siti mula berjalan menuju ke hadapan pentas. Kain merah tadi menjadi semakin panjang di belakang seakan-akan ekor panjang. Pemandangan ini mengingatkan saya pada filem “Memoirs of the Geisha”. Sejurus selepas Siti berdiri di hadapan pentas, tingkat-tingkat pentas di belakang terangkat membentuk sebuah tangga yang besar. Ekor panjang tadi dinaikkan bersama, menjadikan pakaian kimono Siti seperti ekor merah yang besar dan cantik. Saya amat mengagumi plot ini. Tidak dapat saya lupakannya.
 
 
Lagu-lagu yang dinyanyikan :
20) Kurniaan Dalam Samaran
21) Mulanya Cinta (diselitkan dengan muzik alat tradisional Cina)
22) Debaran Cinta
23) Ku Milikmu (diselitkan dengan muzik lagu Beyonce)
24) Wanita
 
Kemudian, Siti menyanyikan lagu-lagu yang kurang dimainkan di corong radio tetapi sungguh bermakna dan diminati oleh para peminat dan ahli media.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s