Siti Nurhaliza

Satu Siti, Satu Koleksi

Again, this blog would be in Malay…
Sepertimana yang anda tahu, saya telah menghadiri Konsert Eksklusif Satu Ahad lalu. Sebelum persembahan dimulakan, saya menunggu Ezwan dan kawannya, Yusri di lobi Istana Budaya. Untuk memeriahkan lagi suasana, pihak penganjur telah memperagakan beberapa pakaian yang pernah dipakai oleh Siti sebagai pameran. Sungguh cantik sekali. Tetapi saya rasa pakaian itu kelihatan berbeza semasa dipakai oleh patung dan Siti sendiri.
Pakaian ini dipakai semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005.
Siti mengenakan busana hijau ini di Anugerah Era 2007 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands.
Yang ini pula, Siti pakai ke Grammy Awards ke-49. 
Pakaian yang dipakai semasa Anugerah Juara Lagu ke-22. Ini merupakan penampilan umum pertama Siti selepas bertudung.
Pakaian merah tersebut dikenakan di dalam Konsert ‘Live’ Siti Nurhaliza di Bukit Jalil pada tahun 1999.
Suasana Konsert Mega Siti Nurhaliza di Bukit Jalil pada tahun 2002 ini digamatkan dengan pakaian berlampu Siti pada permulaan persembahan. Pada masa itu, Siti digantung dan diterbangkan ke tengah pentas untuk menyanyi. Saya dan Ezwan juga ada di konsert tersebut. Saya mengenali seorang kawan baru di sana, Siti Juliana yang juga kawan Ezwan. Pengalaman konsert ini tidak dapat kami lupakan.
Siti memakai Baju Jalur Gemilang ini semasa Konsert Untukmu Sudir. Rasanya, baju ini diinspirasikan oleh baju Bendera Malaysia yang pernah dipakai oleh Sudirman dulu.
Busana putih yang anggun ini dipakai semasa persembahan pembuka tirai di Konsert Royal Albert Hall, London.
Busana merah bercorak ini pula dipakai di dalam konsert yang sama (Royal Albert Hall), semasa Siti menyanyikan lagu-lagu Irama Tradisional.
Tidak akan saya lupakan baju kurung kuning ini. Siti memakai baju kurung ini di dalam sidang akhbar yang diadakan di Zone on the Park apabila Siti mengumumkan lelaki pilihan hatinya. (Pedihnya hati…!)
Busana perkahwinan yang dipakai di dalam resepsi perkahwinan Siti. Siti menyanyikan lagu “Cahaya Cinta” pada masa itu. (Oh… pedih lagi hatiku…)
Saya rasa tidak keterlaluan jika dibuka sebuah muzium untuk menempatkan pakaian-pakaian Siti dan anugerah-anugerah yang telah dimenangi untuk dikongsi bersama peminat. (Tapi kalau sebuah saja, cukup tak?)

3 thoughts on “Satu Siti, Satu Koleksi”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s